PENELITIAN SEMULA PROGRAM RAKAN MUDA:
KE ARAH MUNGKAR SIFAR
oleh
Pengenalan
Kewujudan Program Rakan Muda adalah merupakan lanjutan dari kajian mengenai belia lepak. Hasil dari kajian ini dan disokong pula dengan data yang diperolehi daripada polis, sekolah, seminar juvana, serta kajian-kajian berkaitan menunjukkan bahawa para remaja dan belia (terutamanya belia Melayu/Islam) terdedah kepada gejala sosial negatif ditahap yang amat merunsingkan. Selanjutnya data-data ini mempaparkan bahawa rata-rata para remaja dan belia yang terlibat adalah mereka yang tidak menunaikan solat, kurang pendedahan agama, dan tidak dapat bimbingan agama. Dengan kata lain kewujudan Program Rakan Muda diharapkan berperanan sebagai wadah untuk pembentukan para remaja dan belia ke arah kehidupan yang sihat dan mempunyai kekuatan untuk menangkis pujukan kemungkaran.
Walau bagaimanapun pemerhatian menunjukkan bahawa kehadiran program Rakan Muda mempunyai beberapa kelemahan yang boleh menjejas pencapaian matlamat penubuhannya. Lebih merisaukan lagi apabila Program Rakan Muda disinonimkan dengan Program Rakan Seks. Kertas perbincangan ini cuba melihat kepincangan dan luang-luang yang boleh Program Rakan Muda diperluaskan agar potensi kewujudannya menyerlah.
__________________________________________
Ketua, Unit Pengajian Pembangunan Belia, Universiti Pertanian
Malaysia, Serdang.
Pendekatan Program Rakan Muda
Dalam kontek Program Rakan Muda, para remaja dan belia diolah agar meletakkan GAYA HIDUP RAKAN MUDA (PRM) sebagai objektif Perjuangan (Buku Program Rakan Muda, m.s. 27). Berikut adalah jenis gaya hidup yang dirancangkan dalam Program Rakan Muda
Jenis Gaya Hidup |
Pengisian |
Rakan Sukan |
Permainan Padang Permainan Gelanggang Permainan Raket Olahraga Sukan Air Sukan Artistik dan Kekuatan Sukan Bowling Sukan Dayung Sukan Bersasaran Sukan Bermotor Penulisan dan Kajian Sukan |
Rakan Wajadiri |
Seni Silat Taekwondo Karate Wusyu Judo Silambam Kalari Payat Aikido Kendo |
Rakan Cinta Alam |
Bandar dan Desa Tempat Bersejarah dan Budaya Hutan dan Rimba Bukit dan Gunung Pulau dan Pantai Bulan dan Bintang Sungai dan Gua Hidupan Liar |
Gaya Hidup |
Pengisian |
Rakan Seni Budaya |
Tarian Drama Muzik Nyanyian Lukisan Kraftangan Penulisan Kreatif Fotografi |
Rakan Rekacipta |
Inovasi dan Adaptasi Penemuan Baru Akademik Teknologi Kemahiran Perpustakaan Sains |
Rakan Wirausaha & Wiramahir |
Khidmat Nasihat Role Model Motivasi Networking Pusat Sumber |
Rakan Kecergasan |
Kegiatan Larian Senamrobik Ujian Kecergasan Gym Rakyat Grmnastrada Sport Aerobik Kegiatan Aerobik |
Rakan Masyarakat |
Kepemimpinan Bina Semangat Paramedik Khidmat nasihat Kenduri-kendara Kejiranan Perayaan Gotong Royong 'Balik Kampung' Program Mentor |
Rujukan: Buku Rakan Muda (ms 33 - 35)
Sejajar dengan objektif mencapai gaya hidup berkualiti aktiviti-aktivitinya pula mempunyai ciri-ciri berikut: (Lihat Rajah 1)
Dalam perlaksanaan, PRM, pihak Kementerian Belia dan sukan (KBS) tidak terlibat secara langsung dalam pengendalian aktiviti-aktiviti GAYA HIDUP RAKAN MUDA. Aktiviti ini dikendalikan oleh para penganjur yang terdiri dari badan-badan atau pertubuhan yang sedia ada atau dibentuk khusus bagi perlaksanaan aktiviti PRM. Sesebuah badan penganjur yang ingin terlibat dalam sesuatu aktiviti terlebih dahulu ianya perlu memberi KBS maklumat-maklumat berikut: Nama Penganjur, Jenis aktiviti, tarikh aktiviti, tempat, yuran dan maklumat asas yang lain. Berdasarkan kepada maklumat-maklumat ini KBS seterusnya mengeluarkan brosur untuk diagihkan kepada bakal peserta.
Pendekatan PRM seperti di atas mempunyai terlalu banyak luang untuk mungkar berkembang. Kerisauan ini telah diutarakan beberapa kali di forum-forum peringkat kebangsaan seperti Majlis Perundingan Belia, Kongres Pendidikan Islam dan Konvensyen Pendekatan Bersepadu Pembangunan Belia. Penelitian ke atas pendekatan PRM yang sedia ada menunjukkan bahawa luang untuk mungkar berkembang adalah terbuka luas (Sila lhat Rajah 2).
RAJAH 2
KESAN GAYA HIDUP DAN CIRI UTAMA
AKTIVITI RAKAN MUDA
Adalah menjadi perkara yang lumrah bahawa tarikan seks di antara lelaki dan perempuan sentiasa hidup. Sekiranya suasana dan iklim menggalakkan bagi mereka berinteraksi maka syaitan tidak perlu bekerja keras untuk nafsu terjun dalam kemungkaran. Lebih-lebih lagi apabila terdapat tujuan tersirat dikalangan peserta ialah untuk memperluaskan ruanglingkop konteks sosialnya melalui PRM. Suasana yang tidak sihat ini bertambah buruk lagi sekiranya para penganjur dan jurulatih tidak peka kepada kemungkinan mungkar dan menumpukan kepada kepakarannya sahaja.
Asas Mungkar Sifar
Sebelum diteruskan perbincangan mengenai asas Mungkar Sifar ini ada perlu dijelaskan bahawa pendekatan-pendekatan yang disyurkan oleh beberapa pihak yang risau mengenai belia selalunya dikumpulkan dengan alasan bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada berbagai kaum - maka menjadi justifikasi untuk tidak menunjukkan pendekatan Islam. Ini merupakan sikap apoligistik yang kaum lain pun tidak faham. Sebagai contoh, dalam satu sesi mesyuarat dimana kebanyakkan anggota mesyuaratnya terdiri daripada pegawai-pegawai orang Islam, pengerusinya yang beragama Islam begitu agpologitik hingga tidak terkeluar perkataan untuk menangguhkan mesyuarat seketika bagi menunaikan solat (sedangkan waktu solat hampir luput). Yang anihnya anggota yang bukan Islam tersebut mengetahui bahawa orang Islam yang baik perlu menunaikan solat. Mereka pula yang mengesyurkan supaya mesyuarat rehat sebentar bagi membolehkan mereka yang beragama Islam menunaikan solat. Situasi begini yang banyak wujud sehinggakan orang bukan Islam tidak menghormati orang Islam dan agama Islam. Insya-Allah, sekiranya kaum lain melihat orang Islam menjaga tertib Agama, dan berakhlak mulia, ianya boleh menjadi pintu hidayah untuk rakyat Malaysia keseluruhannya menerima Islam. Berdasarkan kepada pemerhatian ini maka perbincangan di bawah hendaklah diambil kira sebagai asas untuk menuju ke arah mungkar sifar dan pembentukan rakyat Malaysia secara menyeluruh.
Sebagai asas, apa jua pendekatan/kaedah untuk menangani masalah remaja dan belia Islam semestinyalah bermatlamatkan kepada penanaman ciri-ciri ketakwaan di kalangan mereka. Ketakwaan akan membawa kepada sifat ehsan yang sentiasa menyuburkan seseorang itu agar sentiasa berwaspada dengan kehendak dan larangan Allah s.w.t. dalam tindak tanduknya. Sifat takwa para belia akan menjadi benteng yang kukuh untuk menahan diri atau menarik diri keluar daripada kancah maksiat. Dengan adanya sifat takwa para remaja dan belia berupaya memelihara akliah dan jasmaniahnya untuk menuju keredaan Allah s.w.t.
Sebagai satu fitrah seseorang insan mempunyai tiga dimensi/unsur pada dirinya - iaitu rohaniah, akliah dan jasmaniah. Ketiga-tiga dimensi ini perlu dibentuk secara bersepadu. Roh dan akal yang berasaskan iman dan takwa perlu beroperasi dengan jasad secara bersepadu bagi mencapai keharmonian. Dengan kata lain, golongan remaja dan belia yang mempunyai kekuatan untuk menangkis atau mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kancah maksiat mereka belia yang mempunyai kekurangan tenaga rohaniah. Jika akal atau roh atau kedua-duanya lebih cenderung kepada nafsu amarah dan kebendaan maka jasad akan hanyut ke lembah maksiat.
Perpaduan dimensi-dimensi insan ini perlu diterima secara total dalam semua pendekatan untuk membangunkan remaja dan belia. Dalam amalan sekarang pembangunan rohani diasingkan daripada pembangunan kendiri, pembangunan fisikal, pembangunan kebendaan, sukan patriotisma, kepimpinan, perpaduan, kebudayaan, kesukarelawan dan seumpamanya. Dalam kegiatan-kegiatan ini nilai-nilai agama tidak diutamakan. Perkara keagamaan ini tidak mendapat tempat di dalam aktiviti remaja dan belia seperti dalam arena hiburan, seni perfileman, pergaulan dan penulisan. Selagi hal ini berlaku pembangunan remaja dan beli Islam akan sentiasa terjejas.
Perenggan-perenggan seterusnya akan dibincangkan secara teliti mengenai pembentukan tiap-tiap pihak yang bertanggungjawab agar berkeupayaan memainkan peranan seperti yang diharapkan.
Kementerian, Jabatan, Penganjur, Pemudahcara
Golongan yang pertama ini bolehlah dianggap sebagai Pembimbing Perubahan. Golongan ini hendak bermula dengan diri mereka sebagai contoh kepada peserta. Kepekaan terhadap konsep mungkar sifar semestinya lebih tinggi daripada peserta. Golongan ini perlu ditalbiah dahulu melalui kursus-kursus induksi agar menghayati asas dan kaedah mengadakan mungkar sifar, menerima akan harap rakyat dan Kementerian, menerima kepentingan masyarakat suci dan bersih dalam menuju kepada pembangunan sepenuhnya. Sebagai contoh, tanpa mengira kaum, para pembimbing perubahan hendaklah didedahkan kepada tajuk-tajuk berikut:
1. Konsep mungkar sifar
2. Persepaduan Roah, akal dan jasad
3. Kesan Ibadah dalam Mungkar Sifar
4. Konsep Mukadimah Zinah
5. Kehidupan bersih dan suci
6. Rakyat bertamadun
7. Peranan pembimbing perubahan
Di samping itu, semasa proses pembentukan pembimbing perubahan, mereka hendaklah didedahkan kepada ciri menterjemahkan konsep -konsep di atas dalam pengendalian aktiviti PRM seperti:
1. Dalam penjadualan, meletakkan waktu solat dahulu sebelum pengisian-pengisian yang lain;
2. Aktiviti-aktiviti yang tidak sesuai dicampurkan lelaki dan perempuan
Strategi Ke Arah Mungkar Sifar dalam Program Rakan Muda
Tanpa perimeter yang boleh membendung tingkahlaku negatif dalam apa jua program pembangunan belia, ianya boleh diselewengkan ke arah kemungkaran. Kemungkinan-kemungkinan begini terlalu terbuka memandangkan remaja dan belia kita terlalu asyik dengan gaya hidup barat yang tidak bersempada. Untuk mempastikan kemungkaran terkawal dalam PRM, semua pihak yang terlibat hendaklah merasai bertanggungjawab. Di antara pihak yang secara langsung bertanggungjawab memelihara PRM suci dari godaan termasulah KBS, JBS, Penganjur, Jurulatih, Pemudahcara dan para peserta sendiri.
Terlebih dahulu semua pihak yang bertanggungjawab perlu memahami dan menerima matlamat utama yang ingin dicapai oleh PRM. Selari dengan konsep ke arah mungkar sifar, matlamat PRM sewajarnya menjurus kepada:
melahirkan generasi muda Malaysia yang terbimbing dalam mengamalkan kehidupan/gaya hidup yang bersih dan suci dimana pembentukan dimensi roh memandu pembentukan d dimensi akal dan jasad. Proses pendidikan berterusan dalam PRM berkeupayaan memper potensi memimpin diri dan memimpin orang lain dalam kontek masyarakat majmuk yang maju
3. Aktiviti terus menjali
Kaedah/Program |
Kesan Ke Arah Pembentukan Belia Soleh/Musleh |
|
Tiada |
Amat Sedikit |
Sedikit |
Banyak |
Sangat Banyak |
Olehraga
Senaman/aerobik
Seni/teater
Seni pertahankan diri
Kembara
Latihan kepemimpinan
Latihan ketenteraan
Sukanika
Pertunjukan amal
Marathon
|
|
|
|
|
|
Pendekatan Khusus Ke Arah Memungkar Sifarkan Rakan Muda
Dalam kontek program rakan muda agen perubahan belia yang bertanggungjawab untuk membentuk peserta-pesertanya ialah Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan sukan Negeri dan Daerah, para penganjur, para jurulatih/fasilitator dan pembantu-pembantu tambahan dalam sesebuah aktiviti rakan muda. Agen-agen perubahan ini adalah dianggap sebagai pemimpin untuk membawa serta agar terbimbing ke arah manusia yang bernilai murni tanpa melibatkan diri dalam kemungkaran. Oleh yang demikian mereka terlebih dahulu perlu melalui satu proses tarbiyah mengenai konsep mungkar sifar dan peningkatan berkaitan menuju ke arah ini. Para agen ini hendaklah dibentuk agar menjadi contoh kepada peserta dan peka terhadap perkara-perkara yang boleh mengalakkan kemungkaran semasa membimbing para peserta. Matlamat penganjur ialah membawa perubahan dalam diri peserta dan bukan setakat mendapat tali pinggan hitam ataupun memacak bendera di atas gunung.
Mereka perlu jelas serta komited tentang beberapa perkara yang boleh menghakis ketatasusilaan serta memupuk moral mereka. Sekiranya perlu selepas mendapat pendedahan sewajar para agen perubahan memberikan ikrar ketaatan mereka terhadap menghapuskan kemungkaran dalam aktiviti mereka. Sekurang-kurangnya untuk mempastikan mungkar sifar menjadi kenyataan para agen-agen perubahan hendaklah menghayati apa itu konsep "menghampiri zina" , konsep solat dalam pembentukan mukmin sejati, apa itu konsep hal-haram, konsep amanah, konsep akhlak, mungkar dan sebagainya. Sekiranya perlu setelah melalui proses pembentukan mereka diberi sijil , mereka dinilai , walau bagaimanapun yang penting ialah mereka ini sentiasa dimonitor agar tindak tanduk mereka amalan mereka tidak membuka jalan kepada kemungkaran.
Korikulum khusus induksi agen perubahan belia boleh diolah dengan sistematik agar ia boleh diterima oleh semua kaum, di smaping itu mereka perlu diberi pendedahan bagaimana hendak mengoperasikan konsep-konsep mengurangkan mungkar . Sebagai contoh konsep ibadah menjadi sebahagian daripada hidup dalam merancang aktiviti-cktiviti mereka, mereka hendaklah meletakkan waktu-waktu solat terlebih dahulu sebelum memasukkan pengisian yang lain. Juga sebagai contoh mereka perlu mengambil berat agar aktiviti-aktiviti yang membuka jalan untuk kemungkaran berlaku mereka mengasingkan antara lelaki dan perempuan serta menyediakan jurulatih lelaki untuk lelaki dan sebaliknya.
Satu daripada masalah khusus pembangnan remaja dan belia ini utnuk mendapatkan mereka melibatkan diri secara kumpulan berasaskan interest (minat). Oleh itu minat hendaklah dijadikan alat dan bukan matlamat. Dengan kata lain aktiviti silat, taekwando, karate mesti dijadikan dan kenderaan yang tertentu ini. Program itu hendaklah diolah supaya ia membentaras masalah mungkar. Kehadiran peserta setakat ini utuk meningkatkan kemahiran dalam suatu minat sahaja tetapi bukanuntuk mereka disediakan mereka menjadi remaja yang boleh berdiri dengan kaki sendiri. Program seperti ini yang melibatkan minat hendaklah dioleh sehingga 50% program itu ditumpukan kepada pembentukan moral ataupun sifik sehingga mereka sendiri bersasa jijik untuk melibatkan beberapa perkara yang bercanggah dengan perkara ketatasusilaan dan 50 % lagi bolehlah ditumpukan kepada kemahiran dengan tujuan untuk memupuk mereka dalam aktiviti -aktiviti.
Mengenai aspek latar belakang peserta mereka terdiri daripada berbagai ciri kehidupan dan pengalaman. Di antara mereka mungkin terdapat sebilangan yang telah sebati dengan kehidupan kemungkaran dan mereka hadir ini untuk mencari peluang memperluaskan aktiviti mereka. Mungkin juga terdapat diantara mereka yang berada di pagar berhubung dengan kemungkaran apabila ada suasana mereka tiada kekuatan untuk menolak. Memang tidak dapat dinafikan juga di antara mereka terdapat golongan yang betul-betul ikhlas untuk memperbaiki diri. Tetapi mempunyai keimanan yang tipis, mereka juga boleh terperangkap. Menyedari situasi yang berbagai ini tiap-tiap peserta semestinya dibentuk terlebih dahulu sebelum melkibatkan diri secara terus dengan aktiviti yang ditetapkan agar kemungkinan melibatkan diri dalam kemungkaran dapat dibendung. Dengan kata lain pihak penganjur hendaklah mempastikan sebelum sesuatu aktiviti pendedahan khas diadakan tentang konsep dan amalan manusia yang berakhlak dan bagaimana menjaga maruah diri serta luang-luang yang boleh membuat mereka terjerumus ke dalam kemungkaran. Dengan cara begini mereka akan sentiasa peka dan sensitif tentang kemungkinan tersebut dan merreka sendiri akan menegur jika sesuatu aktiviti itu terkeluar daripada landasan. Sebagai contoh sesi pembentukan ini perbincangan bolehlah diadakan sekitar tajuk-tajuk berikut;
1. Menjaga maruah diri,- falsafah kehidupan suci, menangkis amalan negatif, keburukan dan kesan , kaedah menyelamat kawan dari kemungkaran, kaedah menunjukkan suasana tanpa mungkar.
Walau bagaimanapun apa jua pendedahan yang diberikan diperingkat awal ianya tidak memberi kesan yang diharapkan sekiranya peringkatan tidak diberi secara berterusan. Dalam proses yang berterusan ini kepekaan mereka terhadap perkara-perkara yang mungkar akan terus meningkat dan mereka digalakkan untuk menjalankan kerja amal maarof nahi mungkar. Setakat ini terlalu banyak dipekatakan tentang pembentukan remaja solah tetapi sedikit sangat mengenai pembentukan remaja musleh. Rakan muda boleh menjadi wadah yang disegani sekiranya ia dapat menyediakan belia untuk memainkan peranan membawa konsep mungkar sifar dimana-mana mereka berada. Dalam buku konsep rakan muda ada digambarkan pembentukan remaja belia adalah hasil daripada interaksi agen sosialisasi berikut (Sila lihat rajah). Melalui penglibatan rakan muda mereka sepatutnya dibimbing agar berkeupayaan membawa perubahan kepada agen-agen perubahan yang sentiasa mempengaruhi mereka terutama sekali agen-agen yang membawa kepada negatif. Di samping itu mereka hendaklah di bimbing agar pergi kepada rakan-rakan sebaya mereka juga selama ini menjejaskan imej negara. Mereka dengar kata lain mereka akan dikeluarkan sebagai agen perubahan kepada kumpulan-kumpulan program pembangunan belia di negara ini. Peserta-peserta hendaklah diberi pengetahuan agar mereka mempunyai ciri-ciri khdr atai dai. Mereka yang meninggalkan program rakan muda akan terus membawa sumber kebaikan dimana sahaja mereka berada. Dengan acara begini sesungguhnya kita menyambut kaedah kesan keadaan dari pendedahan semasa program rakan muda. Sebagai contoh peserta perlu ditetapkan dengan kemahiran serta pengetahuan berikut:
Membimbing rakan sebaya
- perancangan program
- kesukarelawanan
- kepimpinana melalui tauladan
- amal maarof fnahi mungkar
- penelitian dan pemerhatian
Bagi sesuatu amalan menjadi budaya ianya hendaklah amalkan secara berterusan dan menyeluruh. Sekiranya hati seseorang belum mantap dengan amalan tersebut ianya perlulah diingatkan secara berterusan. Oleh yang demikian setelah remaja mengikuti program rakan muda ereka perlulah dihubungi dari semasa keseamasa dan dipupuk secara berksan supaya apa yang mereka perolehi daripada rakan muda akan menjadi amalan harian mereka dan menjadi contoh kepada yang lain. Untuk maksud ini rakan muda hendaklah mempunyai sistem rumah perantaraan dimana ahli rakanmuda dapat berhubung atau dihubungi oleh rumah tersebut dan rumah perantaraan ini diselaraskan oleh alumni rakan muda yang telah mencapai tahap yang tinggi dalam kepekaan terhadap kemungkaran. Contoh rumah perantaraan ini termasuklah masjid, pertubuhan belia, kelab sukarela, dan pertubuhan-pertubuhan yang ada kaitan dengan kemahiran tertentu. Pertubuhan ini hendaklah sentiasa diawasi, ditingkatkan keupayaan mereka oleh kementerian dan Jabatan belia dan Sukan. Untuk mencapai maksud ini pertubuhan seperi masjid dan belia ,PIBG pun perlu dilatih dengan pengetahuan dan kurikulum berikut:
1. motivasi
2. keagamaan
3. penglibatan
4. kerjasama
5. soleh dan musleh
6. kemimpinan
7. bimbingan kaunseling
Perkara ini adalah amat penting supaya followup berterusan ke atas program rakan muda, kalau tidak kesan program ini ke arah kemungkaran hanyalah untuk sementara sahaja.